Rimbun Keampunan
MS

Rimbun Keampunan 歌詞

ジャンルGospel / Religious
時間4:04
原文言語MS
閲覧数409
Aa表示設定
文字サイズ 18

原文歌詞

MS
翻訳はまだありません。原文を表示しています。
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan Kerana keinginan tidak pernah kesampaian Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan Bangkit semula meneruskan baki perjalanan Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda Ku meminta diberikan sejenak kesempatan Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk dihati Ku cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Hijjaz の他の曲

Hijjaz →

関連歌詞